Ingin mengetahui tahap keletihan badan anda? Anda akan mengetahuinya dengan menjawab persoalan-persoalan berikut :-
- Tidak dapat bangun dari tidur tepat pada masa dan selalu melengah-lengah masa.
- Tidak bermaya untuk berjalan.
- Tidak suka berkomunikasi dengan orang ramai.
- Malas bercakap. Rasa tidak bermaya dan lemah.
- Malas bergerak terutamanya selepas duduk. Sentiasa berangan-angan kosong.
- Sentiasa tersasul apabila bercakap ataupun menulis.
- Kurang daya ingatan. Mudah terlupa walaupun pesanan yang baru diterima.
- Sentiasa rasa tidak bertenaga atau lemah. Bergantung kepada ‘kafein’ untuk memberi tenaga.
- Mulut tawar, deria rasa berkurangan, tidak berselera makan, suka mengambil perasa dalam makanan.
- Merokok dan mengambil minuman keras yang terlalu kerap.
- Telinga berdengung, pening kepala, mudah pitam, cepat marah.
- Mata letih, seringkali bersanggap (menguap).
- Rasa bahagian badan berat terutama pada bahagian perut dan ke bawah, gemar meletakkan kaki di atas meja semasa berehat.
- Sukar untuk tidur, terlalu banyak berfikir, kerap mimpi.
- Selalu mengantuk, kelenguhan otot-otot
KEPUTUSANNYA : Jika anda mengalami 2 hingga 4 perkara di atas, anda mungkin sedang mengalami sedikit keletihan. Tetapi sekiranya anda mengalami 5 perkara dan ke atas, tahap keletihan anda adalah kritikal. Anda mungkin mengalami masalah penyakit tertentu.
0 comments:
Post a Comment