manusia2 yg ade tlinga wat pekak badak jek.,yg ade mata, xdpt melihat & yg ade mulut wat diam je ........sama la ngan monyet2 kt ats tu, cuma dorg xde akal je tuk berfikir....fikir-fikirkan lah.....

Jom Dengar Lagu Skaleiiii...

My Lyrics.....21 Guns

21 Guns

Do you know what's worth fighting for?
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?

Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul

Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire
Like a liar looking for forgiveness from a stone?

When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

Thursday, February 25, 2010

fikir2 pengajaran......

Kisah ini berlaku di dalam kapal terbang,,yg mana terdapat dialog antara seorang ulama dengan pramugari kapal terbang....

Satu kisah ini yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Maklumlah, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.

Ulama: Mengapa?

Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.

Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.

Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.

Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?

Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.

Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.

Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

Friday, February 19, 2010

Buat salah....xbuat pown salah....

nama lagi manusia kan.....mulut ni sume bleh kate...yg dibuat baek pon kene kate,,buat salah lgi lah...
jd ape2 pown biarlah diorg nk kate pown,....yg penting kita dh wat kputusan yg terbaek bg kite...
kt sni ak nk share sket rr story kt korang sume ttng cite masa lampau....hahahah....
harap bleh amek renungan dan teladan ttng kisah ini.....
kisah ini mengisahkan tentang seorng bapa bersama anaknya dan sekor keldai.....

Suatu ketika seorang lelaki beserta seorang anaknya membawa seekor keldai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan tersengih menyindir, “Lihatlah orang-orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keledai itu?”

Lelaki itu mendengar perkataan tersebut. Dia lalu meminta anaknya naik ke atas keledai. Seorang perempuan tua melihat mereka, “Sudah terbalik dunia ini! Sungguh anak tak tahu diri! Ia berehat di atas keledai sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan.”

Kali ini anak itu turun dari punggung keldai dan ayahnya yang naik. Beberapa saat kemudian mereka berselisih dengan seorang gadis muda. “Mengapa anda berdua tidak menaiki keldai itu bersama-sama?”

Mereka menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian sekelompok orang lalu di situ. “Binatang malang, ia menanggung beban dua orang gemuk tak berguna. Kadang-kadang orang memang sangat kejam!”

Akhirnya si ayah mengambil keputusan mengendong keldai tersebut.. Si ayah memengang kaki hadapan manakala anaknya memengang kaki belakang.. Si ayah masih ingin lihat apa lagi yang akan diperkatakan oleh orang sekeliling.. Tentu sahaja melihat keadaan ini orang pasti akn berkata kerana jelas sekali tindakan orang tua tersebut tidak boleh diterima akal.. Seorang lelaki tiba2 bersuara " Eh bodoh ke orang tua dan anaknya tu.. Keldai 2 untuk ditunggang bukannya untuk dikendong.. Sudah ada kemudahan tidak pula digunakan.. Kini mengertilah si anak apa yang dikatakan ayahnya awal tadi.. Apa sahaja yang kita lakukan pasti akan diperkatakan orang tidak kira lah samaada baik atau buruk perlakuaan kita itu..

Jika ko berusaha memudahkan semua orang, boleh jadi ko tak akan dapat memudahkan dan menggembirakan siapa pun & lakukanlah apa yang ko putuskan dan semua itu ada resiko, jangan terlalu takut dengan kritikan orang, sebab apapun yang ko putuskan tetap saja orang lain akan mengkriik bahkan ko diam pun akan di kritik, lakukanlah yang terbaik dengan resiko yang paling kecil, ...waasalam.....




Thursday, February 18, 2010

Hukum Islam itu molek doh .....

hukum ISLAM adalah hukum Allah yg mana hukum ini adalah mencukupi segala fitrah manusia sebagai umat manusia akhir zaman....
hukum Islam ini menyebabkan manusia takut(gerun) untuk membuat dosa (maksiat) lg kepada ALLAH ...ibarat takut kepada Allah ini sepertimana kita panjat pokok kelapa ke puncak tiba2 angin kencang meniup pokok itu...semakin kuat angin itu semakin kuat kita berpaut pada pokok itu.....bukan takut kita seperti lari pada harimau yg mengejar kita...
kesimpulannya semakin kita takut kpd ALLAH semakin dekat kita kepada-NYA....

crite pasal hukum sebat ni plak.....

Di berita TV3 menyiarkan temubual dengan tiga orang remaja Islam yang telah dikenakan hukuman rotan kerana berzina. Pasangannya juga dikenakan hukuman yang sama. Ketiga-tiga mereka redha dan bersyukur kerana dikenakan rotan dan menginsafi kesalahan yang mereka telah lakukan serta menggesa rakan remaja yang lain yang terjerumus kepada zina supaya segera bertaubat.

Walaupun tidak menepati Hudud tapi hukuman rotan ini dapat memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain. Kalau mengikut hukum hudud hukuman kepada penzina yang belum kahwin ialah 100 kali sebatan dan ini lebih mencegah. Prevention is better than cure!

pada pendapat peribadi aku la.....wat la hukum ISLAM itu sepenuh nya...kita ni amek hukum separuh2 jer......ermm...apesalah nye kite berekonomi cara ISLAM, hiburan cara ISLAM, bersosial cara islam,dan sume bnde cara ISLAM.....wassalam.....

“Sampaikanlah walau satu ayat,”

Kantoiii.....

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini.

Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh.
Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.
Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Wednesday, February 17, 2010

kenapa???...

kenapa la ak blik ump ni awal sgt....argghhhh.....org sibuk2 enjoy kt umh kite dh kt ump...ermmm.....(org syg ump nk wat cmne..)

xpe2,nnti kete siput turbo ku siap, dek krana dekat klatan - pahang snggup ak redah ja
(KALO SAMPAI).....hahhaha...tp ble la siap kete tu ...hahahha



ini kerete hiasan semata2,,,tiada kene mangena nga kete ak...hahhaha....

Wednesday, February 10, 2010

Apa Ada Pada Nama.....

Info JPN

JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan

  • Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan

  • Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan

  • Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional

  • Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama kepahlawanan

  • Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya

  • Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat (contoh bukan nk mencarut.....)

Nama-nama buruk

  • Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI

Nama binatang atau serangga

  • Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan

  • Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu

  • Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

Nama-nama kejadian alam

  • Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna

  • Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya

  • D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian

  • Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK

  • Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

  • Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Hokkian

  • Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis

  • Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin

  • Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo






ermmm gamba sebelah ni xtew nk ckp ape...huhuhuh~~

Tuesday, February 9, 2010

Nasihat.....

" Yaa Allah, letakkanlah dunia ini ditanganku, jangan Kau letakkan ia dihatiku..."

Pompuan dan Formula.....

tetiba je ak terjumpa satu solve tntang pompuan ni...

siap derive formula lg,... maaf la kpd makhluk yg bergekar pompuan.....tp xsume pompuan cmtu,.tp ade jugak ha~~,,
laki pom same tp kureng sikit kot...hahahah~

sebijak2 einstein pon xdpt pam ape tu pompuan,,bodoh betul..hahaha...


Sunday, February 7, 2010

Apa yg Kamu nampak....

Cuba perhatikan betul2...gamba apakah itu.....??

Saturday, February 6, 2010

14 Febuari ni ade ape erk.....??


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul.

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?










Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cep
at tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!

Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

p/s : kpda kwn2 ku sekalian, baik llaki @ pompuan fikirlah baek2 sebelum membuat sesuatu.....
kerana matlamat tidak menghalalkan
cara.....

Friday, February 5, 2010

Serpihan Lebihan dr Buku RC (staircase)

aku pun xtew rr,, ade jgk org wat calculation tentang tangga and ladies ni....

klo rc kire staircase ade rr tp x r kire2 pasal ni plak....ermmm ape2 pon klo ade ilmu ni jangan dsalahguna plak..gunakan lah ilmu itu d jalan yg benar..kelak cerah mase depan..haaa gituuuU~~

Thursday, February 4, 2010

Harimau Beriman......

"Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...

KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...

Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... tolong la ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Tiba-tiba....

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin


hHhaahahhha......

Wednesday, February 3, 2010

Ujian Keletihan


Ingin mengetahui tahap keletihan badan anda? Anda akan mengetahuinya dengan menjawab persoalan-persoalan berikut :-

  1. Tidak dapat bangun dari tidur tepat pada masa dan selalu melengah-lengah masa.
  2. Tidak bermaya untuk berjalan.
  3. Tidak suka berkomunikasi dengan orang ramai.
  4. Malas bercakap. Rasa tidak bermaya dan lemah.
  5. Malas bergerak terutamanya selepas duduk. Sentiasa berangan-angan kosong.
  6. Sentiasa tersasul apabila bercakap ataupun menulis.
  7. Kurang daya ingatan. Mudah terlupa walaupun pesanan yang baru diterima.
  8. Sentiasa rasa tidak bertenaga atau lemah. Bergantung kepada ‘kafein’ untuk memberi tenaga.
  9. Mulut tawar, deria rasa berkurangan, tidak berselera makan, suka mengambil perasa dalam makanan.
  10. Merokok dan mengambil minuman keras yang terlalu kerap.
  11. Telinga berdengung, pening kepala, mudah pitam, cepat marah.
  12. Mata letih, seringkali bersanggap (menguap).
  13. Rasa bahagian badan berat terutama pada bahagian perut dan ke bawah, gemar meletakkan kaki di atas meja semasa berehat.
  14. Sukar untuk tidur, terlalu banyak berfikir, kerap mimpi.
  15. Selalu mengantuk, kelenguhan otot-otot

KEPUTUSANNYA :
Jika anda mengalami 2 hingga 4 perkara di atas, anda mungkin sedang mengalami sedikit
keletihan. Tetapi sekiranya anda mengalami 5 perkara dan ke atas, tahap keletihan anda adalah kritikal. Anda mungkin mengalami masalah penyakit tertentu.

Tuesday, February 2, 2010

Kau Marahkan Siapa?

Suatu hari, Syaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira.

Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.


“Kepada siapa engkau tujukan marah kau itu? Adakah kepada penjual, ata
u pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai iu?” tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi; “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga.

Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya.”

Isi Minyak lebih2 lg.....


Banyak daripada kita tidak sedar bahawa di stesen minyak pump mempunyai paip-line semula (return pipe-line, in black).

Apabila kita mengisi petrol (kereta) sehingga full, satu mekanisma membuatkan satu selot pump petrol dan pada masa yang sama return-valve dibuka (di bahagian atas stesen) untuk membolehkan lebihan petrol mengalir kembali
ke dalam tempat simpanan petrol.


Bagaimanapun, petrol tersebut sudah memasuki meter maksudnya,
anda menyumbangkan petrol kembali ke SHELL / PETRONAS / CALTEX


tew2 aja ak ni erk....hehehehe

Tentang Kuku....


The Truth


Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun
kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya bkita apatah
lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau
pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku
jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,
buat cokodok pisang, uli tepong, dll.

Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.




Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak
yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa
berkuku pendek. Insya-Allah.


And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang
terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku
pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag... .bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua khinzir2 tersebut... .
potonglah kuku anda.


Monday, February 1, 2010

High Level Examination ( A -Level)

Hahahahah.....mntak tulun korang solve soklan ni dgn btul sebetulnya.....korang kan golongan bijak pandai....-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
hahaha..dh agak dh korang xleh jwab nye.....
problem solving ( hahah mcm soklan bku SA la plak) tahap A-level nieehh..









Sunday, January 31, 2010

Rahsia pada Nama.....

Kata Orang "nama melambangkan peribadi seseorang"

~mungkin ciri-ciri di bawah melambangkan diri anda :


A - Menggambarkan seseorang itu bijak

B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mneutamakan material

C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan

D - Kamu seorang yang gugup

E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain

F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain

G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup

H - Mengutamakan keceria dan kagembiraan dalam hidup

I - Setiasa perlukan perhatian orang lain

J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi

K- Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam

L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina

M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik

N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita

O - Suka menyendiri

Q - tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri

R - Kamu seorang yang kuat bekerja

S - berpendirian kukuh dan bersemagat

T - Romantis orangnya

U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu

V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap

W - Agak lambt bertindak tapi tetap akan lakukannya

X - Sabar teliti dan tekun

Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain

Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka


Waallahu a'lam......

Saturday, January 30, 2010

Doa Pemanis Wajah



Maksud:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; " Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.


khasiat ayat ini:
  • selalu disayangi oleh sesiapa sahaja
  • wajah menjadi berseri-seri
  • manis dipandang orang

selalulah membacanya dan selamat beramal~

(source : isuhangat.net)

Friday, January 29, 2010

Perbalahan Kekasih Sains


Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ...
..


hhahahah...perlu ke cmni skali??