Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul.
Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!
Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.
p/s : kpda kwn2 ku sekalian, baik llaki @ pompuan fikirlah baek2 sebelum membuat sesuatu.....kerana matlamat tidak menghalalkan cara.....
0 comments:
Post a Comment